source :9gag.com
Monday, April 28, 2014
Friday, April 25, 2014
KISAH CARA LAYANAN DR MAHATHIR TERHADAP PRESIDEN USA
KISAH CARA LAYANAN DR MAHATHIR TERHADAP PRESIDEN USA.
Kisah ini pernah ditulis oleh Zainuddin Maidin dalam bukunya bertajuk : "Surat daripada Dr Mahathir".
Pada Perhimpunan Agung UMNO 1991, Tun Dr Mahathir pernah berkata
"Jika Malaysia ingin mempertahankan kemerdekaannya, negara ini mestilah mempunyai kekuatannya sendiri, bukan kekuatan ketenteraan tetapi kekuatan ekonomi dan kemampuan untuk membina negara sendiri"
Ketika itu Dunia dikejutkan dengan Perak Teluk antara Iraq dan Kuwait pada 1991.
Semasa Iraq menceroboh Kuwait, Dr Mahathir berada di Tokyo dan Presiden Bush ketika itu telah membuat panggilan penting dari Washington ke Tokyo untuk bercakap dengan beliau tetapi Dr Mahathir yang ketika itu makan malam dengan seorang rakan Jepun nya tidak melayan panggilan telefon tu dengan segera!
Dengan selamba beliau meminta untuk Bush menelefonnya semula kerana beliau masih belum habis makan malam.
Sikap Dr Mahathir ini mengejutkan di kalangan Jepun kerana biasanya pemimpin-pemimpin Jepun sendiri amat menghormati panggilan2 dari pemimpin2 US apatah lagi Presiden Amerika Syarikat sendiri!
Rakan Jepunnya barangkali terkejut melihat Dr Mahathir tidak meluru menjawab panggilan Presiden Amerika Syarikat itu dan mereka tahu pendirian Malaysia sama dengan Jepun dalam isu Perang Teluk dimana Malaysia dan Jepun berpendapat tidak ada mana-mana negara dunia berhak menceroboh kedaulatan negara lain.
Malaysia mengambil pendirian tidak menyebelahi ekstrimis Islam dan militan Islam sekalipun menghadapi gelora kemarahan dalam negeri terhadap Amerika dan sekutunya.
Atas permintaan Bush, Malaysia menghantar Menteri Luar Malaysia, Abu Hassan Omar sebagai utusan peribadinya bagi menjelaskan kepada Ketua Setiausaha Amerika Syarikat James Baker berkenaan dengan pendirian Malaysia terhadap penaklukan Iraq. James Baker mencadangkan untuk jumpa di Oman. Tapi Dr Mahathir arahkan Baker berjumpa Abu Hassan di Lapangan Terbang Texas.
Jumpa wakil Presiden Amerika hanya di lapangan terbang!
Selepas itu Malaysia menyokong beberapa resolusi PBB dengan mengecam pencerobohan Iraq dan meminta Iraq untuk berundur dari Kuwait seberapa segera.
Berikutan itu, PAS mengambil peluang pendirian kerajaan itu dengan mengumumkan untuk menghantar sukarelawan untuk berjuang bersama tentera Iraq menentang tentera kafir.
Sebenarnya Dr Mahathir sendiri berada dalam keadaan serba salah ketika ini malah beliau melihat sentimen Melayu Islam dalam isu Perang Teluk ini tetapi hakikatnya beliau tidak menyokong peperangan. Malah, hakikatnya Iraq menceroboh Kuwait dan Iraq tidak mungkin menang di tangan Amerika Syarikat dan sekutunya.
Sikap dan perasaan Dr Mahathir itu benar dan Iraq telah kalah dalam peperangan itu. Beliau juga menggunakan point ini untuk berucap di perhimpunan Agung UMNO 1991 dan berkata
"Hari ini kita telahpun melihat peristiwa yang amat memalukan. Sebuah negara Islam yang bebas dan kuat terpaksa tunduk kepada kuasa-kuasa asing kerana bertindak melulu tanpa perhitungan. Apabila kalah dalam peperangan, askar- askar negara Islam ini melutut dan mencium kaki musuh bukan Islam kerana ketakutan. Di manakah semangat dan maruah orang Islam? Apakah ini hasil ajaran agama Islam yang sebenar atau hasil ajaran yang salah oleh mereka yang kononnya lebih berhak mentafsir agama Islam?"
"Dalam Perang Teluk ini, tidak ada sesiapa yang boleh menganggap diri mereka tidak bersalah. Negara-negara Islam yang berperang sesama sendiri bersalah. Negara yang mendapat senjata daripada orang bukan Islam untuk menakluk negara Islam lain bersalah. Negara yang mendapat pertolongan negara bukan Islam untuk melindungi diri dan kemudian menyerang negara Islam lain bersalah. Negara Islam yang tidak kuat dan dengan itu tidak sanggup meleraikan negara-negara Islam yang berperang sesama sendiri bersalah. Negara-negara Islam yang tidak mampu mempertahankan negara Islam yang lemah daripada ditakluk oleh jiran gergasi Islam juga bersalah"
" Tetapi yang lebih bersalah ialah mereka yang mentafsir dan membawa ajaran yang dikatakan Islam yang menyebabkan umat Islam dan negara-negara Islam menjadi semakin lama semakin lemah, mundur, jahil dan mudah diperalat dan dipermainkan oleh musuh-musuh Islam. Mereka yang mengajar bahawa bagi umat Islam hidup di dunia hanyalah untuk persediaan bagi akhirat adalah orang yang bersalah besar. Umat Islam dan agama Islam tidak akan dihina jika tidak kerana ajaran seperti ini. Dan apabila kita menyoal mereka ini, jawapan mereka ialah "Takdir". Tuhan kononnya telah mentakdirkan supaya umat Islam melutut dan menyembah musuh- musuh Islam. Benarkah Tuhan menjadikan orang Islam supaya mereka dihina di dunia ini? Apakah Tuhan benci kepada orang Islam dan mentakdirkan mereka dihina, atau apakah semua ini berlaku kerana tafsiran yang berkepentingan orang tertentu? "
"Kita patut mengambil iktibar daripada ajaran dan amalan Nabi Muhammad s.a.w. Tidak ada sesuatu yang lebih mulia disisi Nabi Muhammad s.a.w. daripada amanah. Baginda mendapat gelaran "Al-Amin" kerana beramanah. Kerana amanah, Baginda telah menyampaikan ajaran Islam yang benar. Ajaran Islam yang disampaikan oleh Baginda begitu baik sehingga bangsa Arab yang jahil dan suka berperang antara kabilah- kabilah mereka telah dapat didamaikan, dan dalam jangkamasa dua ratus tahun bangsa yang hanya tahu merayau-rayau di padang pasir telah menjadi bangsa yang kuat, berpengetahuan dan mulia. Dalam masa yang singkat, mereka bukan sahaja berjaya mendirikan sebuah empayar yang terbesar dan gemilang di dunia, tetapi juga dalam semua bidang ilmu duniawi mereka mendahului bangsa-bangsa dan penganut-penganut agama lain. Mereka berjaya menerokai bidang-bidang sains yang baru. Demikian juga orang lain yang memeluk agama Islam di zaman itu mencapai kejayaan yang besar di dunia. Penduduk Asia Tengah yang menjadi orang yang terawal memeluk agama Islam berjaya mengembangkan lagi bidang ilmu sambil memperluaskan lagi wilayah Islam. Demikian kesan Al-Amin Nabi Muhammad s.a.w. yang beramanah"
sourc :fb
Monday, April 21, 2014
SAMSUNG DATA CENTRE TERBAKAR
Pusat Simpanan Data Samsung atau Samsung Data Centre yang terletak di Gwancheon,Korea Selatan
telah terbakar . Pusat Samsung itu telah terbakar mengakibatkan pengguna tidak dapat mengakses produk samsung seperti telefon, tablet, dan Smart TV kerana datanya mengalami kerosakan.
Masalah itu telah diselesaikan dengan segera. Bagaimanapun, kebakaran itu berakhir pada kira-kira 06:15 pagi ini. Lihat video di bawah untuk melihat keadaan bangunan itu sewktu ia masih terbakar.
Berita Korea tersebut melaporkan bahawa tiada sebarang kecederaan yang dialami dan punca kebakaran masih belum diketahui.
source :http://infox99.blogspot.com/2014/04/berita-tempat-penyimpanan-data-samsung.html
:http://blog.gsmarena.com/samsung-data-center-fire-causes-error-messages-products/
Friday, April 18, 2014
Thursday, April 17, 2014
GAMBAR FENOMENA GERHANA BULAN BERDARAH DARI SERATA DUNIA (17 GAMBAR)
Baru-baru ini, berlakunya fenomena gerhana bulan merah atau "Blood Moon". Fenomena yang menarik ini terjadi kerana ia berlangsung dalam masa yang sama semasa planet bumi berputar pada posisi yang paling hampir dengan planet Marikh.
Gambar-gambar fenomena ini diambil dari seluruh dunia yang berlaku pada lewat Isnin dan awal selesa yang berlangsung selama 3 jam 50 minit.
Monday, April 14, 2014
Sunday, April 13, 2014
EVOLUSI TELEFON BIMBIT NOKIA (50+ GAMBAR)
Nokia,sebuah jenama telefon Finland merupakan pengeluar telefon bimbit utama di dunia sejak tahun 80-an lagi.Namun,perniagaannya semakin merosot pada beberapa tahun yang lalu disebabkan oleh peningkatan jualan telefon bimbit Android dan Apple.Mungkin Nokia akan meningkat semula selepas pengambil alihan oleh Microsoft pada September 2013.
Nokia 1987-2013
Lumia Icon
Nokia 1987-2013
NOKIA 2014
Nokia X series
Lumia 930
Lumia Icon
sumber :http://www.techeblog.com/index.php/tech-gadget/the-evolution-of-nokia-cell-phones-in-49-pictures
:http://www.gsmarena.com/
ONE WORLD TRADE CENTRE(1WTC),BANGUNAN TERTINGGI DI AMERIKA SYARIKAT
ONE WORLD TRADE CENTRE dibina bersebelahan dengan tapak runtuhan World Trade Centre yang musnah selepas dilanggar pesawat pada 11 Spetember 2001 di New York City.Ia berketinggian 541 meter termasuk antena manakala ketinggian tidak termasuk antena ialah 417 meter sama seperti World Trade Centre.Ia direka oleh David Childs,arkitek dari firma terkenal Skidmore Owings & Merill.
Wednesday, April 9, 2014
Saturday, April 5, 2014
ILHAM BARU TOWER,BANGUNAN YANG KE-3 TERTINGGI DI MALAYSIA
ILHAM BARU TOWER(IB TOWER),dibina di Jalan Binjai,Kuala Lumpur berhambiran dengan Menara Berkembar Petronas dan direka oleh Fosters and Partners.Apabila disiapkan,bangunan ini mempunyai 58 tingkat dan berketinggian 298 meter dan menjadi bangunan yang ke-3 tertinggi di Malaysia selepas Menara Berkembar Petronas(452 meter) dan Menara Telekom(310m).
Subscribe to:
Posts (Atom)