Tahun ini merupakan tahun yang memeritkan bagi Malaysia Arlines System (MAS) kerana selepas beberapa bulan berlaku kejadian misteri kehilangan pesawat MH370 bersama 239 penumpang,sebuah lagi pesawat penerbangan MH17 terhempas.Berikut merupakan 8 perkara yang tidak diketahui dan diketahui tentang MH17.
1.TENTANG PENERBANGAN
Pesawat berlepas dari Amsterdam ke Kuala Lumpur dengan penerbangan bernombor MH17.
2.TENTANG PESAWAT
Penerbangan ini menggunakan pesawat Boeing 777-200ER.Pesawat berlepas dari Amsterdam pada pukul
12.15p.m waktu tempatan dan dijadualkan mendarat di Kuala Lumpur pada 6.10a.m waktu tempatan.
3.PENUMPANG
Pesawat membawa 280 penumpang dan 15 anak kapal,semuanya terkorban.154 penumpang merupakan warga Belanda menurut Huib Gorter,Naib Presiden MAS Eropah.43 daripada penumpang dan anak kapal dari Malaysia,27 dari Australia,12 dari Indonesia,9 dari United Kingdom,4 dari Jerman,4 dari Belgium,3 dari Filipina,1 dari Kanada dan 41 lagi tidak dikenal pasti,Kebanyakan penumpang menyertai Persidangan Antarabangsa AIDS yang ke-20 di Melbourne,Australia.
4.ISYARAT TERAKHIR
Menurut MAS,Pusat Kawalan Udara Ukraine terputus hubungan dengan MH17 pada 1415GMT,50km dari sempadan Ukraine-Russia.
5.TENTANG KEJADIAN
Menurut orang tempatan,pesawat terhempas berhampiran pekan Grabovo dengan serpihan tersebar dalam beberapa kilometer radius.
6.PUNCA
Kenyataan rasmi yang berbeza dibuat oleh kerajaan Rusia dan Ukraine.Rusia telah menuduh pihak Ukraine sebagai punca kejadian ini.Pesawat telah ditembak oleh perluru berpandu.
7.KEMUNGKINAN SENJATA YANG DIGUNAKAN
Sudah pasti senjata yang canggih digunakan untuk menembak pesawat pada altitud yang tinggi.Khabar angin mengatakan pesawat ditembak oleh SA-17 Grizzly atau BUK-M2 tetapi ini hanyalah spekulasi.
8.KEBETULAN YANG ANEH
9M-MRD telah melakukan penerbangan yang pertama pada 17 Julai 1997.9M-MRD telah terhempas pada 17 July 2014 dengan penerbangan bernama MH17 genap 17 tahun selepas penerbangan pertama.