Tuesday, November 25, 2014

[WOW!] REKAAN PASSPORT NORWAY YANG TERBARU


Baru-baru ini,negara Norway telah mengumumkan pemenang bagi pertandingan mereka bentuk passport dan kad pengenalan yang baru bagi tujuan keselamatan imigresen yang lebih terjamin.
Pertandingan ini telah diadakan bermula pada bulan Februari dan dimenangi oleh Neue Design Studio dari Oslo.


 Rekaan passport terbaru Norway amat ringkas dan menggunakan warna yang terang.Passport ini juga memaparkan rekaan abstrak alam semula jadi Norway pada muka surat passport tersebut.Pihak juri telah memilih hasil kerja Neue sebagai pemenang kerana rekaannya yang ringkas dan bergaya serta rekaan yang bertemakan alam semulajadi pada passport tersebut.Keistimewaan rekaan passport tersebut juga diakui dengan elemen tersembunyi pada passport.Sebuah Aurora Borealis muncul pada gambar puncak gunung apabila sinar ultraviolet (UV) dipancarkan pada muka surat passport tersebut.Ia berfungsi sebagai pengesahan passport tersebut dan juga untuk anti pemalsuan.