Monday, December 16, 2013
MONUMEN NELSON MANDELA
Monumen yang dibina oleh Mario Cianfelli ini dibina sempena ulangtahun ke-50 aktivis keamanan dan ahli politik,Nelson Mandela ditangkap oleh polis arpateid pada tahun 1962.Di monumen ini terdapat 50 tiang keluli berukuran 6.5 dan 9 meter tinggi dan dipacakkan di atas tapak konkrit.Reka bentuk arca melambangkan Nelson Mandela yang berada di dalam penjara selama 27 tahun dan jasa beliau menuntut hak sama rata dan menghapuskan ideologi perkauman.Monumen tersebut dibina di Howick,90 kilometer dari Durban,Afrika Selatan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment