Berikut merupakan update bagi post koleksi gambar banjir yang diterbitkan 2 hari yang lepas di sini.Kebanyakan gambar diambil pada pagi tadi(25 Disember) dan semalam (24 Disember).Mari kita sama-sama mendoakan agar banjir di Pantai Timur terutamanya di Kelantan akan surut dan mangsa-mangsa banjir berada dalam keadaan selamat.
"Wahai bumi telanlah airmu, dan wahai langit berhentilah dari curahan hujanmu" Surah Hud,ayat 44.
Untuk mendapat maklumat terkini berkaitan banjir di Kelantan,layari eBanjir Portal atau klik di sini.
Hampir setiap tahun,negeri Kelantan dilanda bencana banjir.Namun,pada tahun ini,bencana banjir pada tahun ini lebih besar dan berbeza dengan tahun-tahun sebelumnya.Marilah kita sama-sama berdoa agar mangsa banjir di Pantai Timur selamat dan dipermudahkan urusan mereka dan supaya bencana ini semakin reda.