Sebagai panduan untuk bakal pengguna Ipad,Forbes telah membuat infografik bagi membantu pembeli Ipad untuk membeli Ipad yang menepati pilihan,keperluan dan citarasa pengguna.Pertama,pembeli perlulah memilih saiz skrin sama ada 7.9 inci atau 9.7 inci.Kemudian,pembeli boleh memilih sama ada menggunakan cip berprestasi tinggi A8X,cip A7 yang dibina pada tahun lepas yang digunakan untuk Iphone 5s atau cip A5 yang sudah berusia 3 tahun (cip usang!).
Selepas itu,pembeli boleh memilih sambungan LTE atau versi Wi-Fi dan memori sama ada 16GB,32GB,64GB tau 128GB.Akhir sekali,pembeli boleh memilih warna sama ada Silver atau Space Grey serta pilihan warna emas hanya bagi model Ipad Air 2 dan Ipad mini3.
Dah jumpa pilihan terbaik bagi anda untuk membeli Ipad??Anda boleh membeli Ipad di Reseller berdekatan atau di Apple Store Malaysia di sini
No comments:
Post a Comment