Malah ada juga yang menyifatkan fenomena ini agak pelik memandangkan pada anggapan mereka suhu panas kebiasaanya terasa pada awal tahun tapi sebaliknya berlaku
Bagaimana pun Jabatan Meteorologi Malaysia menjelaskan situasi berkenaan dalam satu lampiran kenyatan menerusi Portal Rasmi Jabatan itu di pautan http://www.met.gov.my dengan memaklumkan bahawa
kenyataan suhu sejuk malaysia 2014 met jabatan meteorologi cuaca dan suhu sejuk melanda malaysia januari februari 2014.
Fenomena ini adalah biasa (normal), kebiasaannya bulan Januari dan Februari adalah tempoh di mana suhu minimum adalah agak rendah berbanding dengan bulan-bulan yang lain
Paling terasa adalah kawasan pantai timur di Semenanjung Malaysia dan faktor ini disebabkan oleh luruan udara sejuk dari tanah besar China (kawasan bertekanan tinggi) bergerak ke Laut China Selatan yang biasa terjadi ketika Monsun Timur Laut dan turut dirasai di negeri utara Malaysia seperti Perlis dan Kedah
Sementara itu, mengikut kepada keadaan cuaca dan arah angin untuk beberapa hari akan datang, keadaan cuaca sejuk dijangka akan berterusan sehingga awal minggu depan
Dalam kenyataan itu juga, Jabatan Meteorologi Malaysia menafikan dakwaan kejadian salji yang melanda Indonesia sebagaimana tersebar di media sosial baru-baru ini
Mustahil bagi negara beriklim tropika untuk berlakunya sajli kerana kerana suhu udara negara beriklim tropika secara amnya tinggi sepanjang tahun
My Sumber - http://www.mysumber.com/berita/cuaca-dan-suhu-sejuk-melanda-malaysia-januari-februari-2014#ixzz2rpkNPfxu
No comments:
Post a Comment