Syarikat pengeluar gajet canggih iPhone dan iPad memang terkenal dengan sikap perahsia mereka.
Akan tetapi ada juga perkara-perkara yang sulit mengenai mereka diketahui ramai. Artikel ini akan menyenaraikan 9 ‘rahsia’ yang menarik tentang syarikat yang berpengkalan di California ini.
baca lagi klik TAJUK ENTRI ni
1. Steve adalah anak angkat dan berdarah campuran Syria.
Mantan pengasas lagenda Apple yang juga pengarah urusan syarikat tersebut sebenarnya berdarah campuran Syria. Steve Jobs yang meninggal dunia pada Oktober 2011 sebenarnya anak kepada pasangan Joanne Schieble dan Abdul Fattah Jendali. Pasangan ini bertemu semasa berusia 23 tahun di Universiti of Winconsin.
Malangnya hubungan pasangan ini mendapat tentangan ibubapa Joanne dan memaksa anak pertama mereka Steve Jobs dihantar ke rumah anak yatim. Sungguhpun begitu pasangan tersebut berjaya juga berkahwin selepas krisis tersebut dan dikurniakan seorang puteri yang mana adik kandung Steve Jobs.
2. Komputer pertama Apple dijual pada harga Syaitan
Komputer pertama Apple, Apple I dijual pada harga USD666.66. Steve Wozniak memutuskan untuk meletak harga tersebut tanpa menyedari yang nombor-nombor tersebut seringkali dikaitkan dengan nombor syaitan.
3. Kargo penghantaran Apple hanya melalui udara bukannya laut
Apple adalah pelanggan terbesar Cathay Pasific. Ini adalah kerana Apple menghantar stok-stok mereka melalui penghantaran udara. Kelebihannya kerana ianya lebih cepat dan syarikat tersebut tidak terikat dengan lambakan stok memandangkan produk yang dihantar boleh terus dijual.
4. Macintosh adalah jenis buah epal
Komputer Apple dinamakan Macintosh bersempena jenis buah epal kegemaran Jef Raskin.
Pada ketika itu Macintosh hanyalah kod nama yang digunakan untuk melabelkan komputer Apple dan Steve Jobs dilaporkan menukar nama tersebut ke ‘bicycle’ semasa ketiadaan Jef Raskin tetapi tidak berjaya.
5. Steve Wozniak masih lagi pekerja Apple
Pengasas bersama Apple, steve Wozniak yang mana antara individu terawal membantu Steve Jobs menubuhkan syarikat Apple pada tahun 1976 tidak lagi aktif bersama Apple. Akan tetapi dia masih pekerja Apple dengan rasminya dan menerima imbuhan kira-kira USD120,000 setahun dari Apple.
6. Oh wow, oh wow. Oh wow
Kata-kata terakhir Steve Jobs sebelum menghembuskan nafas terakhirnya ialah “oh wow, oh wow, oh wow” menurut adik perempuannya Mona Simpson. Mona Simpson adalah antara individu yang dibenarkan menyampaikan kata-kata sanjungan ketika hari memorial Steve Jobs.
7. Apple punya 3 orang pengasas bersama
Ronald adalah salah seorang pengasas Apple yang bertanggungjawab mereka logo Apple, menulis perjanjian perkongsian antara pengasas Apple dan menulis manual komputer Apple yang pertama Apple I.
Akan tetapi dia menjual saham 10% miliknya yang bernilai USD800 kerana gusar dengan risiko hutang.
Nilai saham yang sama bernilai USD35 billion hari ini.
8. Ive pilih warna putih untuk iPad
Steve Jobs sangat menentang tentang idea menggunakan warna putih untuk produk mereka tetapi berjaya dipujuk oleh pereka produk Apple Sir Jony Ive.
Dalam satu biografi terbaru Ive, bekas pereka produk Apple, Doug Satzger mengatakan yang Steve Jobs hanya mengalah untuk menggunakan warna putih selepas ditunjukkan variasi warna yang lain yang dipanggil ‘moon grey’.
Ive memang obsess dengan warna putih sebelum dia menyertai Apple lagi.
9. Obsesi pembungkusan
Pereka pembungkusan menghabiskan masa berjam-jam membuka kotak dalam sebuah bilik khas. Mereka cuba mencungkil keadaan sebenar emosi pembeli semasa membuka bungkusan produk Apple pada kali pertama. Memetik kenyataan Adam Lashinsky dalam buku terbaru beliau Inside Apple, beliau mengatakan bagaimana terperincinya Apple untuk memuaskan hati pelanggan semasa membuka bungkusan produk Apple.
source :http://www.queachmad.com/2014/01/eksklusif-9-perkara-yang-anda-tidak.html
No comments:
Post a Comment