Saturday, March 15, 2014
FAKTA YANG ANDA PERLU TAHU TENTANG OPERASI MENCARI PESAWAT MH370
Sedikit penjelasan mengenai isu-isu yang dibangkitkan pihak tertentu berhubung isu penerbangan MH370, untuk difikirkan bersama:
1. Penumpang Pelbagai Negara Kita perlu ingat bahawa dalam pesawat MH370 tersebut terdapat lebih 15 kewarganegaraan dengan kapasiti sebanyak 227 orang. Hal ini sebenarnya memberikan sedikit sebanyak tekanan kepada pihak MAS untuk memberikan maklumat terkini kepada wakil Kedutaan / Konsulat masing-masing. Mungkin sesetengah Kedutaan mahukan maklumat segera dan pantas apatah lagi dalam keadaan lebih 17 jam pesawat yang masih belum ditemui, juga menyumbang kepada kelewatan dan kesukaran menyalurkan maklumat terkini. Fahamilah keadaan
. 2. Hubungan Diplomatik MH370 hilang di perairan dan di ruang udara Vietnam, dan dalam konteks ini MAS bertindak dengan berhemah dalam menjaga hubungan diplomatik antara negara. Kita tidak boleh sewenang-wenangnya mengambil pendekatan sendiri walaupun pesawat tersebut adalah milik negara kita.
Sebab itulah hubungan bilateral diperlukan, kini pihak Kerajaan Vietnam sudah menggerakkan jentera menyelamatnya (Angkatan Laut Vietnam) ke perairan yang disyaki tempat kehilangan MH370. Apabila pihak lain menjadi peneraju utama dalam misi, sudah pasti akan wujud beberapa prosedur tertentu yang digunakan oleh pihak berkenaan sebelum menyalurkan maklumat terkini kepada kita.
Dalam ertikata lain ; "Lain tempat lainlah cara penyampaian", jadi memang perlu bersabar dalam perkara ini.
3. Misi Melibatkan 5 Negara Misi mencari dan menyelamat telah pun digerakkan, Malaysia melalui Agensi Maritim dan aset ATM sudah berada di perairan berkenaan.
Terkini dilaporkan oleh Astro Awani, Maritim Malaysia tidak menjumpai sebarang objek pesawat MH370, manakala Vietnam melalui Angkatan Tentera Laut negara itu menafikan sudah menjumpai pesawat malang itu malah mereka dalam situasi mencari dan terus mencari di sekitar Pulau Vung Tau tempat di mana kali terakhir radar negara itu mengesan pergerakan MH370.
Manakala China juga sudah menggerakkan aset pertahanan laut atas arahan Presiden Xi Jinping untuk misi mencari dan menyelamat. Singapura sudah menghantar pesawat C130 untuk misi bantuan manakala Amerika Syarikat juga menghantar bantuan kapal penyelamat ke pengairan terbabit. Bayangkan keadaan misi menyelamat apabilan digerakkan dan disepadukan dengan pelbagai negara, sudah tentu penyaluran sebarang maklumat terkini mesti dikoordinasikan agar tidak menjejaskan proses penyiasatan sebab dan musabab "kehilangan" MH370. Sekecil-kecil bukti sudah boleh menjadi petunjuk utama atas kejadian ini.
4. Tidak Semudah Yang Dijangka Misi mencari dan menyelamat tidaklah semudah yang disangka memandangkan ia berlaku di kawasan lautan yang luas dan menjadi rebutan antara negara. Jadi, hentikanlah sebarang spekulasi dan tohmahan. MAS dan pihak penyelamat sedang berusaha sedaya upaya mungkin, saya pasti mereka bekerja keras untuk memastikan MH370 dapat ditemui semula.
5. MAS Tetap Dihati Kali terakhir MAS mengalami 'major incident' ialah pada tahun 1977 di Tanjung Kupang melibatkan 100 korban nyawa. Selepas kejadian itu, MAS tidak pernah mengalami 'major incident' dengan korban mangsa yang besar selama 37 tahun, dalam ertikata lain MAS mencapai piawaian keselamatan pesawat yang kompeten dan diiktiraf oleh ICAO di samping pengemudian pesawat oleh juruterbang yang berpengalaman luas. Bagaimanapun, secanggih mana sesebuah pesawat, sebarang kesilapan kecil pun boleh mengundang padah. Hanya takdir menentukan segala-galanya.
sumber :http://sejarahmelayu.blogspot.com/2014/03/fakta-yang-perlu-anda-tahu-operasi.html
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment