Microsoft sebelum ini telah mengambil-alih bahgian peranti Nokia, sekaligus membawa pasukan disebalik peranti Lumia, Asha dan sebagainya ke Microsoft. Kini, bergerak kehadapan, Microsoft dilihat akan memfokuskan kepada penjenamaan semula produk dan laman sosial disebalik Nokia.
Sebelum ini, pihak Microsoft telah pun mula mengubah destinasi laman Nokia.com ke laman dibawah domain Microsoft. Kini, Microsoft dilihat akan menjenamakan akaun sosial Nokia kepada jenama “Microsoft Lumia”.
Perkara ini mungkin tidak mengejutkan ramai, malah mungkin ramai peminat Nokia yang telah menjangkakan perkara ini selepas pengambil-alihan oleh Microsoft.
Jenama Lumia sedia terkenal dengan penawaran peranti Windows Phone, dan dengan perubahan ini pihak Microsoft dilihat tidak lagi akan menyertakan nama “Nokia” pada peranti keluaran baru mereka, sebaliknya memfokuskan kepada hanya Lumia.
Walaubagaimanapun,syarikat Nokia akan dikekalkan dan hanya mengfokuskan kepada pembinaan aplikasi seperti Here Maps dan tidak akan menghasilkan telefon bimbit berjenama Nokia yang baharu untuk beberapa tahun akan datang atas persetujuan dengan Microsoft.
Tindakan Microsoft yang menggantikan jenama telefon bimbit 'Nokia' kepada 'Microsoft Lumia' mungkin akan mewujudkan ketidakadilan kepada pengeluar telefon bimbit Windows Phone yang lain seperti Samsung,HTC dan lain-lain.
Nokia kini hanya tinggal kenangan.......
sumber
No comments:
Post a Comment